25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Biarlah Pemuda UMNO bebas bersuara – Mohd Puad

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“BIARLAH Pemuda UMNO bebas bersuara,”kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Kenyataan itu merujuk kepada perbezaan pandangan antara Pemuda UMNO dan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkaitan isu tuntutan permohonan maaf daripada DAP.

Beliau berkata, pendirian berbeza bukan bermakna wujud “parti dalam parti”.

“Pemuda UMNO perlu bebas bersuara dan mempunyai pendirian tersendiri tetapi akur dengan keputusan parti serta tidak hanya ‘meroyan’ di belakang.

“Ucapan wakil Pemuda UMNO amat menarik. Pemuda kena ada pendirian tersendiri. Tidak perlu ‘jack menjack’.

“Dulu Pemuda dicop sebagai ‘pressure group’. Sebab itu Pemuda perlu identiti baru. Identiti itu mesti menarik minat anak muda. (Dr Muhamad) Akmal (Saleh) ada ‘style’ tersendiri untuk melakukannya,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, Pemuda UMNO juga perlu berbicara isu yang menangkap imaginasi orang muda dan kaya dengan idea.

“Ada yang meroyan Ketua Pemuda dan Presiden berbeza isu DAP kena minta maaf. Itu biasa. Biarlah Pemuda bebas bersuara.

“Tetapi akur keputusan parti dan tidak meroyan di belakang. Kita tunggu Kongres Ekonomi Melayu anjuran Pemuda dan Puteri UMNO. UMNO parti ‘Agenda Centric’,” katanya.

Sebelum ini, Pemuda UMNO pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2023 lalu, menuntut DAP memohon maaf kepada parti terbabit susulan pertembungan politik kedua-dua parti berkenaan sebelum ini.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid menegaskan isu permohonan maaf daripada DAP kepada UMNO tidak perlu lagi ditimbulkan pada masa ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan