27.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 26, 2023

Ismail Sabri dilantik Presiden Kehormat WUAVF

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah dilantik sebagai Presiden Kehormat Pertubuhan UAV Dunia (WUAVF).

Watikah lantikan tersebut telah diserahkan oleh Presiden WUAVF, Jincai Yang dalam satu majlis sempen Kongres Drona Dunia Ketujuh di Shezen, China, Sabtu lalu.

Ismail Sabri dalam hantaran Facebook miliknya mengucapkan terima kasih kepada WUAVF kerana memberikan kepercayaan kepada beliau untuk mempromosikan industri pesawat udara tanpa pemandu (UAV) kepada dunia.

“Industri dron berkembang sangat pantas. Sebagai contoh, pengeluar-pengeluar utama dron sedang sedaya upaya untuk menghasilkan kenderaan tanpa pemandu yang lebih besar bagi memudahkan urusan harian.

“Teknologi ini harus dikuasai dengan segera. Jika dahulu dron digunakan oleh tentera tetapi hari ini ia menjadi satu teknologi yang melibatkan semua bidang sama ada di darat, di bawah air atau udara,”katanya.

Tambahnya, beliau akan membantu pertubuhan itu untuk mempromosikan industri tersebut demi kesejahteraan dunia.

Ketika menerajui pemerintahan negara, beliau memberikan perhatian serius kepada industri tersebut untuk diaplikasikan dalam kehidupan dan menjadi sumber pendapatan baharu negara.

Malah beliau telah melancarkan Pelan Tindakan Teknologi Dron Malaysia 2022-2030 (MDTAP30) sebagai agenda nasional bagi menyokong ekosistem dron. – Edisi 9

Terkini

McDonald’s tawar pengajian diploma kepada 18 alumni perantis

MCDONALD'S Malaysia buat julung kalinya menawarkan program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM Tahap 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM...

Lagi Artikel Berkaitan