25.4 C
Kuala Lumpur
Monday, December 4, 2023

Enam nelayan Indonesia ditahan ceroboh perairan negara

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ENAM nelayan warga Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang kerana disyaki melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan Malaysia menceroboh perairan negara

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, kesemua mereka ditahan susulan penahan sebuah bot nelayan asing di sekitar 48.0 batu nautika barat daya Pulau Kendi pada 31 Mei lalu.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot terbabit tidak mempunyai nombor pendaftaran dan dikendalikan enam kru termasuk tekong warga Indonesia berusia lingkungan umur 18 hingga 51 tahun.

“Pemeriksaan ke atas dokumen mendapati kesemua mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan pas perjalanan yang sah untuk memasuki perairan Malaysia,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Beliau berkata, esemua kru ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia tanpa memiliki suatu pas yang sah.

“Bot, kru serta 50 liter minyak diesel dirampas dan diiring ke jeti Limbungan Batu Maung, Pulau Pinang untuk siasatan lanjut.

“Sebarang aduan mengenai aktiviti jenayah dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkan maklumat ke MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-262 6146,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Lantik Raja Affandi sebagai Ahli Dewan Negara – Shabery

KERAJAAN diminta mempertimbangkan cadangan melantik calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri...

Lagi Artikel Berkaitan