REAL Madrid menjulang Copa del Rey apabila mereka menewaskan Osasuna 2-1 dalam aksi final di Estadio de La Cartuja, awal pagi tadi
Rodrygo menjadi wira buat Real Madrid dengan menjaringkan dua gol untuk membantu Los Blancos meraih trofi kedua musim ini.
Kemenangan ini menamatkan kemarau sembilan tahun kejuaraan buat skuad kendalian Carlo Ancelotti dalam pertandingan piala paling berprestij di Sepanyol.
Untuk rekod, kali terakhir Real menang pada 2014 bersama pengurus Itali itu sebelum ini.
Real turun selaku pasukan pilihan mendahului perlawanan dalam masa dua minit apabila Rodrygo menampan masuk hantaran Vinicius Junior melepasi penjaga gol, Sergio Herrera.
Osasuna meningkatkan serangan bagi mencari gol penyamaan dengan Ante Budimir memaksa Thibaut Courtois menafi deretan peluang,
Real membalas apabila David Alaba menggegar palang ketika Real menyasarkan gol kedua.
Real dihukum selepas gagal melunaskab peluang mereka untuk menjaringkan gol, apabila Torro menyamakan kedudukan mengatasi Courtois sejurus perlawanan melewati tempoh satu jam waktu permainan.
Real bangkit selepas percubaan Toni Kroos terbias berjaya disambar Rodrygo untuk meledak gol kedua pasukan.
Keputusan kekal hingga ke akhir perlawanan untuk membolehkanReal menamatkan penantian untuk menjulang gelaran Copa buat kali ke-20. – Edisi 9