24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

EPL: City lepasi halangan Leeds

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER CITY berjaya mengekalkan momentum untuk mempertahankan kejuaraan meskipun berdepan tekanan di penghujung permainan lewat  dengan kemenangan 2-1 ke atas Leeds di Stadium Etihad, malam tadi. 

IIkay Gundigan menjaringkan dua gol buat City selain terlepas peluang menjaring Hattrik untuk memberikan tiga mata penting buat skuad kendalian Pep Guardiola 

City seperti dijangka melancarkan serangan bertali arus ke kubu Leeds, dengan Erling Haaland dua kali terkena palang dan Gundogan dinafikan oleh penjaga gol Joel Robles.

Rodrigo mencemaskan City dengan jaringan minit ke-85 untuk memberi harapan lewat dalam perlawanan pertama Sam Allardyce sebagai pengurus.

Advertisements

Tuan rumah bertahan untuk kemenangan yang melonjakkan mereka empat mata di hadapan Arsenal di puncak Liga Perdana Inggeris dalam berbaki empat minit perlawanan.

Pep Guardiola kelihatan bimbang apabila perlawanan tidak ditamatkan dengan lebih awal.

Pengurus dari Sepanyol itu juga kelihatan berang selepas Haaland tidak melaksanakan tugasnya di sepakan penalti untuk memberi ruang kepada Gundogan menjaring Hattrik walapun jurang pendahuluan hanya dua gol.

Arsenal bagaimanapun berpeluang untuk kembali merapatkan jurang mata dengan City sekiranya berjaya menewaskan Newcastle United, malam ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan