25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Peruntukan RM2.5 juta bagi 4 projek di Teluk Intan – KPKT

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM2.5 juta bagi empat projek naik taraf dan penyelenggaraan di bawah Majlis Perbandaran Teluk Intan di Perak.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, empat projek tersebut adalah di Medan Selera Glutton Square, Pusat Penjaja di Jalan Maharani, Pasar Besar Teluk Intan dan Taman Rekreasi Riverfront.

“Penyaluran peruntukan ini bertujuan meningkatkan tahap kebersihan, keselamatan dan keselesaan para peniaga dan pengunjung bagi merancakkan lagi ekonomi setempat. 

“Selain itu, kesemua fasiliti awam ini merupakan tempat penyatuan komuniti dan mengeratkan silaturrahim antara penduduk dalam sesebuah masyarakat.”

“Peruntukan naik taraf medan selera, pasar awam dan taman rekreasi ini merupakan ‘peruntukan berlandaskan pelaksanaan’ bagi memastikan perkhidmatan dan fokus Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) terhadap kesejahteraan rakyat dapat terus dipertingkatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Teluk Intan bagi meninjau kemudahan asas dan keperluan berkaitan di medan selera, pasar awam dan taman rekreasi tersebut.

Turut hadir menyertai lawatan kerja adalah Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna, Tuan Woo Kah Leong, dan Ketua Setiausaha KPKT, Datuk M. Noor Azman Taib. 

Sementara itu, beliau berkata, KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) akan sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara bagi merealisasikan perancangan pembangunan demi meningkatkan mutu perkhidmatan dan kesejahteraan rakyat. –  Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan