27.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Fadhlina ziarah keluarga Allahyarham Nik Aziz

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

MENTERI Pendidikan, Fadhlina Sidek meluangkan masa menziarahi keluarga bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman mereka hari ini di Pulau Melaka, Kelantan.

Beliau kemudian dibawa oleh anak bekas Mursyidul Am PAS itu, Nik Mohamad Abduh melawat Maahad Tahfiz Dan Pengajian Al-Quran Nikmatillah.

“Berkesempatan ziarah ke rumah YBhg Datin Tuan Sabariah (isteri kepada Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat) di Pulau Melaka.

“Kemudian, anakanda beliau, Ustaz Nik Abduh membawa saya melawat Maahad Tahfiz Dan Pengajian Al-Quran Nikmatillah. Saya sempat beramah mesra bersama anak-anak pelajar serta mendengar taklimat ringkas dari pihak maahad,” katanya di Facebook hari ini.

Advertisements

Ujar Fadhlina, beliau sempat beramah mesra bersama pelajar serta mendengar taklimat ringkas daripada pihak maahad.

“Usaha membangunkan sekolah rakyat yang dibina dari sumbangan pelbagai pihak adalah usaha murni bagi memberikan pendidikan alternatif kepada ibu bapa dan pelajar, khususnya untuk anak-anak yang cenderung dalam pengajian agama dan menghafaz al-Quran.

“Terima kasih saya ucapkan kepada pihak maahad yang menerima kunjungan saya dan memberikan kepada saya sedikit sebanyak input berkenaan sekolah-sekolah agama di Kelantan,” tulisnya.

Fadhlina kini berada di Kelantan sempena Jerayawara Pendidikan Madani dan Majlis Sambutan Hari Raya Bersama-sama Menteri Pendidikan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan