32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Bot nelayan tempatan guna kru warga asing ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang menahan sebuah bot nelayan tempatan bersama enam nelayan warga Thailand tanpa permit sah, semalam.

Bot kelas C itu ditahan kira-kira jam 1.50 petang di lokasi 27.7 batu nautika dari muara Kuala Endau, Rompin.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh berkata, bot terbabit dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh anggotanya yang sedang menjalankan rondaan Op Makmur di kawasan perairan itu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan awal mendapati, bot itu dikendalikan tekong dan lima awak-awak warga Thailand berumur dalam lingkungan 20 hingga 51 tahun.

Advertisements

“Semasa pemeriksaan dilakukan, bot terbabit tidak mempamerkan sebarang dokumen kelulusan penggunaan pekerja bukan warganegara manakala tekong dan awak-awak gagal menunjukkan pas lawatan kerja.

“Bot tanpa hasil laut bersama rampasan (peralatan menangkap ikan) dan kru yang ditahan dibawa ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kamal Ariffin berkata, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan warga asing tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan dan Akta Imigresen 1959/63 kerana bekerja tanpa permit yang sah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan