29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Polis buru penunggang motosikal buat aksi ‘wheelie’

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

POLIS sedang memburu penunggang motosikal yang melakukan aksi ‘wheelie’ sambil membonceng seorang wanita di atas jalan raya.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, aksi itu tular di media sosial dan dipercayai berlaku di Jalan Pasir Puteh, Kampung Peringat, Kota Bharu, Kelantan.

“JSPT Bukit Aman telah mengarahkan JSPT Kontinjen Kelantan untuk mengesan penunggang motosikal tersebut bagi siasatan lanjut memandangkan aksi yang dilakukan secara berbahaya.

Advertisements

“Ia kesalahan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, penunggang motosikal itu diminta hadir ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menyalurkan maklumat kepada JSPT Kontinjen Kelantan atau mana-mana balai polis yang berdekatan dengan kadar segera,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan