26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pemuda UMNO persoal dana RM15.7 juta sekolah persendirian Cina

Serap SMPC yang kekurangan dana ke sekolah aliran kebangsaan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERGERAKAN Pemuda UMNO menuntut penjelasan kerajaan berhubung kelulusan peruntukan sebanyak RM15.7 juta kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) 

Ketuanya, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, agihan itu membangkitkan persoalan dari segi purata jumlah peruntukan yang diberikan berbanding sekolah agama berdaftar.

Katanya, sebagai contoh, RM 150 juta diperuntukkan bagi 1,276 buah sekolah agama berdaftar yang bermaksud setiap satu sekolah hanya mendapat RM117,500 berbanding 63 SMPC yang mendapat RM250,000 setiap sekolah.

“Kedudukan sekolah agama dan SMPC adalah tidak sama di sisi perlembagaan, yang mana peruntukan pendidikan agama diberikan menerusi JAKIM bukannya KPM di mana ia menunjukkan punca kuasa kewujudan institusi tersebut di bawah peruntukan perlembagaan.

“Apakah kriteria penentuan jumlah peruntukan kepada institusi pendidikan agama dan sekolah menengah persendirian Cina dan berdasarkan kriteria apakah jumlahnya ditentukan? 

Advertisements

“Jika peruntukan kerajaan mengikut purata bilangan sekolah, Pemuda UMNO menggesa agar kerajaan menyemak semula kadar peruntukan purata SMPC untuk diseragamkan dengan peruntukan kepada institusi pendidikan agama.

“Bakinya perlu diberikan kepada sekolah menengah aliran kebangsaan yang secara jelas untuk semua kaum dan berpaksikan silibus kebangsaan,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jika alasan peruntukan diberikan kepada SMPC atas faktor kekurangan dana, maka Pemuda UMNO mencadangkan SMPC yang tidak mampu menjalankan operasi diserapkan ke sekolah aliran kebangsaan.

“Saya percaya lebih banyak sekolah aliran kebangsaan yang daif dan lebih memerlukan bantuan dana dari sekolah persendirian Cina yang kita semua sedia maklum dibiayai secara persendirian oleh pihak swasta tanpa memerlukan dokongan kerajaan,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan