25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Had kelayakan RMR dinaikkan kepada RM5,000 – KPKT

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

HAD kelayakan bagi pendapatan bulanan isi rumah bagi permohonan program Rumah Mesra Rakyat (RMR) di di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dinaikkan kepada RM5,000 bermula bulan lalu.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, inisiatif itu secara tidak langsung membukan peluang kepada lebih ramai rakyat memohon RMR.

Katanya, bagi menangani peningkatan harga barang asas binaan, beberapa langkah proaktif diambil untuk memastikan harga yang perlu dibayar pemohon baharu akan terus kekal pada harga subsidi antara RM55,000 hingga RM75,000 mengikut reka bentuk masing-masing.

“Program RMR akan terus mendapat pengekalan subsidi sebanyak RM20,000 bagi setiap unit rumah. Ini bermakna bayaran bulanan untuk program RMR kekal seperti sediakala, serendah RM300 sebulan selama 16 hingga 25 tahun”.

“Kriteria utama bagi pendapatan bulanan seisi rumah pemohon yang layak memohon RMR juga telah dinaikkan dari RM3,000 menjadi RM5,000 bagi membuka lebih banyak peluang kepada rakyat untuk memohon”, katanya hari ini.

Advertisements

Beliau berkata demikian kepada kepada media selepas menyerahkan surat tawaran dan kunci rumah kepada 40 penerima RMR bagi negeri Selangor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan. 

Turut hadir Pengerusi SPNB, Datuk Husam Musa; Ketua Setiausaha KPKT, Datuk M. Noor Azman Taib dan Ketua Pegawai Eksekutif SPNB Datuk Hasleen Isnin.

Program RMR merupakan satu program di bawah seliaan SPNB bagi membantu golongan sasar yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Sejak RMR diperkenalkan pada 2002, SPNB berjaya membina sebanyak 56,002 unit RMR di seluruh negara sementara sebanyak RM358 juta diperuntukkan kerajaan bagi membina 4,250 unit RMR di seluruh negara.

Sementara itu, SPNB berkata, mereka sentiasa memberikan komitmen bagi memastikan projek-projek penyediaan perumahan di bawah seliaan KPKT diberi keutamaan dalam memperkasa agenda perumahan serta kesejahteraan seluruh rakyat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan