30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Budak perempuan ditemukan tak terurus rupanya dirogol

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG kanak-kanak perempuan yang ditemukan dalam keadaan tidak terurus oleh orang awam di tepi jalan di Lumut, Perak, semalam rupa-rupa menjadi mangsa dera dan rogol.

Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Chong Boo Khim berkata, kanak-kanak berusia tujuh tahun itu ditemui seorang lelaki tempatan kira-kira pukul 11.50 pagi sebelum di bawa ke balai polis.

Menurutnya, mangsa yang dalam keadaan tidak terurus dan kusut masai ketika ditemui, dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan perubatan di HSM mempercayai mangsa telah dirogol dan terdapat kesan kecederaan lama dan baharu pada tubuhnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Boo Khim lagi, berdasarkan laporan hospital itu, sepasukan pegawai polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah menahan dua lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dengan kes tersebut.

Menurutnya, ketiga-tiga mereka ditahan di pekarangan sebuah balai polis di daerah Manjung kira-kira pukul 9.30 malam semalam.

“Kesemua mereka berusia antara 26 hingga 40 tahun didapati mempunyai rekod jenayah lampau.

“Mereka direman mulai hari ini sehingga 23 April untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Afidavit Zahid manifestasi usaha pembelaan terhadap Najib

TINDAKAN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memfailkan afidavit tambahan bagi menyokong petisyen Datuk Seri Najib Razak berhubung kewujudan...

Lagi Artikel Berkaitan