29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Bayern bertandang ke City tanpa penyerang

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BAYERN Munich mengesahkan penyerang, Eric Maxim Choupo-Moting tidak akan menyertai rakan sepasukan bertandang ke Stadium Etihad bagi menentang Manchester City di peringkat suku akhir pertama Liga Juara Juara Eropah (UCL).

Penyerang berusia 34 tahun itu terpaksa diketepikan selepas mengadu mengenai masalah kecederaan di bahagian lututnya ketika perlawanan suku akhir Piala Liga DFB Pokal Selasa lalu.

Choupo-Moting juga tidak disenaraikan dalam skuad Bayern ketika menentang Freiburg dalam aksi Bundesliga Sabtu lalu.

Penyerang kelahiran Cameroon itu merupakan penjaring terbanyak kelab Bavaria itu dalam semua kejohanan selepas merekodkan 17 gol dalam 28 penampilan setakat ini.

Advertisements

Dibawa masuk sebagai penyerang kedua di belakang Robert Lewandowski namun Choupo-Moting menjadi pilihan utama selepas kapten Poland itu berhijrah ke Barcelona musim panas lalu.

Dan kini dengan ketiadaan Choupo-Moting pastinya memberikan masalah buat pengendali, Thomas Tuchel selepas penyerang itu merupakan pilihan tunggal yang ada buatnya.

Perlawanan menentang City pastinya menyaksikan tugas berat menanti Bayern untuk merobek pertahanan tuan rumah yang dijangka dijangka dibarisi Aymeric Laporte dan Ruben Dias.

Bekas pemain sayap Arsenal, Serge Gnabry mungkin akan ditugaskan mengemudi jentera sernagan dengan ketiadaan Choupo-Moting, sama seperti perlawanan menentang Freiburg minggu lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan