25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Pas transit MBAS myBAS50 diperluas ke Johor Bahru

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIANw Pengangkutan memperluaskan inisiatif pas perjalanan tanpa had myBAS50 bagi perkhidmatan Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST) di Johor Bahru.

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, ini merupakan kali pertama inisitiatif kerajaan persekutuan itu dilaksanakan di luar Lembah Klang dan Johor menjadi negeri pertama melaksanakannya.

Katanya, pendaftaran bagi myBAS50 telah dibuka hari ini dan pas berkenaan hanya boleh digunakan bermula 1 April nanti.

“Rakyat Johor dipelawa mendaftar mBAS50 yang mula dibuka pada hari ini dan pas berkenaan boleh digunakan secara rasmi pada1 April 2023. 

“mBAS50 merupakan pas bulanan perjalanan tanpa had selama 30 hari kepada warganegara Malaysia. Pas ini boleh dilanggan melalui MyKad, My Tentera dan aplikasi Lugo yang boleh dimuat turn melalui Apple app store dan Google Play store,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, APAD memaklumkan, pembayaran langganan bulanan boleh dibuat secara dalam talian, di kaunter-kaunter Handal Indah di Terminal Gelang Patah, Terminal Kulai, Johor Bahru CIQ, Lapangan Terbang Senai, KSL City Mall, dan TF Value Mart Bukit Indah atau melalui aplikasi Lugo.

“Penggunaannya mudah, pengguna cuma perlu menyentuh MyKad/My Tentera atau mengimbas kod QR (bagi penggunaan Lugo) semasa menaiki dan turn bas sahaja.

“Pengenalan pas in dijangka dapat mengurangkan beban kos sara hidup pengguna perkhidmatan bas. Ini secara tidak langsung dapat menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam,” ujarnya. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan