30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Chelsea anjur iftar di Stamford Bridge

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KELAB gergasi Inggeris, Chelsea bakal mengadakan projek majlis berbuka puasa terbuka di Stadium Stamford Bridge, sekali gus menjadi kelab pertama menganjurkan majlis seperti itu untuk komuniti setempat.

Chelsea menerusi kenyataan berkata, program berbuka puasa anjuran Chelsea Foundation itu akan diadakan pada 26 Mac ini yang berkemungkinan jatuh pada 4 Ramadan.

Katanya, koloborasi bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Ramadan Tent Project itu bakal melibatkan komuniti Muslim di Chelsea termasuk penyokong, pelajar sekolah, staf kelab dan kariah masjid di sekitar kejiranan di kota London.

Pengasas projek dan Ketua Pegawai Eksekutif Ramadan Tent Project, Omar Salha berkata, penganjuran projek itu untuk tahun-tahun sebelum itu berjaya menghimpunkan lebih separuh juta orang terdiri daripada pelbagai latar belakang, bagi sama-sama meraikan majlis berkenaan.

“Kami berbangga dapat membawa projek ini ke Stamford Bridge, juga bersempena sambutan ke-10 tahun penganjurannya. Kerjasama dengan Chelsea akan memacu kami untuk masuk ke dalam dunia bola sepak. Kelab ‘Kebanggaan London’ ini akan menjadi kelab Liga Perdana Inggeris pertama menganjurkan iftar terbuka.

Advertisements

“Bola sepak dan Ramadan membawa orang ramai bersama-sama berkongsi pengalaman seperti ini dan kami teruja berkongsi sambutan (berbuka puasa) bersama penyokong bola sepak tanpa mengira latar belakang dan mewakili setiap komuniti,” katanya.

Untuk rekod, Chelsea mempunya beberapa pemain beragama Islam seperti Kalidou Koulibaly, Wesley Fofana, N’Golo Kante, Hakim Ziyech dan Malang Sarr yang dipinjamkan ke AS Monaco.

Sementara itu, Fofana menerusi ciapan di Twitternya memuji langkah yang diambil majikannya.

“Inilah kelab saya. Bangga menjadi sebahagian daripadanya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan