28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Mayat nelayan jatuh laut di jeti LKIM ditemukan terapung

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG kru bot nelayan tempatan yang jatuh laut di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Teluk Bahang, Pulau Pinang ditemukan awal pagi tadi.

Mayat mangsa, Chan Eng Liong 53, ditemukan terapung oleh pasukan Bomba Teluk Bahang selepas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang melalui Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Langkawi mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Batu Kawan berhubung kejadian itu di jeti LKIM Teluk Bahang pada jam 5 petang semalam.

“Justeru itu, bot PERKASA 1221 diatur gerak ke lokasi untuk membuat pencarian dan Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) Maritim Malaysia ditubuhkan di jeti LKIM Teluk Bahang.

Mayat nelayan jatuh ditemukan terapung di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Teluk Bahang.

“Mayat mangsa Chan Eng Liong, 53, tinggal di Salak South Garden, Kuala Lumpur ditemukan terapung oleh pasukan Bomba Teluk Bahang di lokasi mangsa itu jatuh pada sekitar jam 4.12 pagi tadi,”katanya.

Beliau berkata, sejurus penemuan itu, mayat dibawa oleh anggota polis dari Balai Polis Teluk Bahang ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk tindakan lanjut selepas pengecaman dibuat oleh ahli keluarga mangsa.

Katanya, Maritim Malaysia merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada rakan strategik yang turut membantu dan Op Carilamat ditamatkan pada jam 7.30 pagi tadi.

Sebarang penemuan dan insiden kecemasan atau kemalangan di laut, orang awam diminta agar melaporkannya ke MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146 untuk maklum balas segera. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan