Friday, July 24, 2026

Cadangan laksana semula projek HSR masih terbuka

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN bersikap terbuka dengan cadangan untuk melaksanakan semula projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura melalui pemberian kelulusan kepada syarikat swasta.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kerajaan tidak menutup pintu terhadap sebarang cadangan meskipun projek tersebut telah dihentikan dengan kontrak antara Malaysia dan Singapura telah dibatalkan.

“Kerajaan telah memutuskan untuk tidak membiayai projek ini namun kerajaan akan teliti sekiranya terdapat mana-mana pihak swasta yang sanggup melabur untuk meneruskan projek infrastruktur ini.

“Memang ada perbicangan namun kementerian belum menerima sebarang permohonan rasmi. Sekiranya ada syarikat swasta menawarkan diri, kerajaan akan teliti,” katanya dalam program Sesi Townhall bersama Menteri Pengangkutan oleh Sinar Harian di Shah Alam pada Isnin.

Terdahulu, kedua-dua negara Malaysia dan Singapura bersetuju untuk menamatkan pembinaan projek HSR pada 31 Disember 2020 dengan kerajaan Malaysia membayar pampasan berjumlah RM320.27 juta kepada kerajaan Singapura. – EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan