28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Banjir di Johor semakin surut, hanya 21,127 mangsa di PPS

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SITUASI banjir di Johor semakin pulih sekaligus memperlihatkan jumlah mangsa yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) hanya 21,127 orang di dua daerah setakat 8 pagi tadi.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), terdapat penyusutan angka mangsa banjir berikutan ramai yang telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berbanding 23,663 orang pada malam tadi.

JPBN memaklumkan sebanyak 83 PPS masih dibuka di dua daerah yang terjejas iaitu Batu Pahat dan Segamat.

“Batu Pahat masih menjadi daerah yang paling terjejas melibatkan 21,089 mangsa daripada 6,031 keluarga yang ditempatkan di 81 PPS.

“Di daerah Segamat pula masih terdapat 38 mangsa yang terjejas daripada 13 keluarga dan mereka ini ditempatkan di dua PPS,” menurut kenyataan yang dikeluarkan JPBN hari ini.

Advertisements

Menurut kenyataan berkenaan juga, cuaca di semua 10 daerah setakat pagi ini dilaporkan cerah serta tiada sungai yang berada pada paras bahaya.

Bagaimanapun, terdapat lima jalan yang masih belum dibuka sepenuhnya dengan hanya kenderaan berat yang dibenarkan melalui jalan berkenaan.

“Jalan-jalan tersebut ialah Jalan Parit Haji Arif/Sri Dayung berhampiran Jambatan Sri Dayung; Jalan Parit Jambi (Jambatan Parit Jambi) dan Jalan Haji Arif (Klinik Kesihatan Sri Medan).

“Turut ditutup kepada kenderaan ringan ialah Jalan Parit Warijo (sepanjang jalan) dan Jalan Sri Bengkal (Kampung Sri Bengkal),” menurut jawatankuasa itu. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan