29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Anwar nafi campur tangan kes Muhyiddin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan beliau campur tangan terhadap kes Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebaliknya Perdana Menteri menjelaskan, Muhyiddin setakat ini hanya dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan dan keputusannya masih belum diketahui lagi.

“Perkara berkenaan di bawah bidang kuasa agensi terbabit. Itu tengok kes. Saya tidak campur tetapi saya beritahu semua agensi termasuk SPRM dan Peguam Negara, untuk tengok kes.

“Jadi orang setuju tak setuju, (kena) tengok kes. Apa pendakwaannya, apa pertuduhannya.

“Belum tahu apa keputusan setakat ini, … (Muhyiddin) hanya dipanggil,” katanya selepas merasmikan Festival Taman Kuala Lumpur 2023, hari ini, lapor Astro AWANI.

Beliau mengulas mengenai Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, pagi ini.

Advertisements

Mengulas lanjut, Anwar berkata, tidak benar untuk pihak tertentu mengatakan semua kes membabitkan pemimpin parti adalah bermotifkan politik.

“Untuk mengatakan semua kes yang kita ambil itu ada motif politik, maknanya tak bolehlah nak tangkap? Semua kes-kes rasuah yang besar-besar, semua kita lepas?.

“Sebab itu saya kata kena lihat dulu ada kes atau tidak. Ini urusan SPRM. Sampai sekarang saya tidak tahu apa akhirnya,” katanya.

Beberapa pihak sebelum ini mendakwa penahanan bekas Perdana Menteri dan beberapa pemimpin PN itu sebagai bermotifkan politik.

Justeru, Anwar menegaskan, semua rakyat yang mahu negara ini bersih dan bebas rasuah, harus melihat kes terbabit satu persatu, sama ada benar pendakwaan politik atau berdasarkan fakta.

“Yang saya sebut selama ini, Jana Wibawa, tebatan banjir, itu berdasar dokumen Kementerian Kewangan, bukan SPRM atau Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan