28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Adebayor umum persaraan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENYERANG berasal dari Togo, Emmanuel Adebayor mengumumkan persaraannya daripada arena bola sepak hari ini.

Adebayor, 39, cukup sinonim dengan Liga Perdana Inggeris (EPL) kerana beraksi untuk kelab seperti Arsenal, Manchester City, Tottenham Hotspurs dan Crystal Palace sepanjang berada di United Kingdom (UK).

Penyerang tinggi lampai itu pernah mencipta kontroversi apabila meraikan jaringannya di hadapan penyokong Arsenal ketika mewakili City.

Pemain Terbaik Afrika 2008 itu mencapai kemuncak kareernya ketika di EPL namun turut menikmati bola sepak di Perancis bersama FC Metz dan AS Monaco serta pernah menyertai Real Madrid pada 2011.

Adebayor kembali ke UK dari Santiago Bernabeu dan beraksi tiga musim di Spurs, enam bulan di Palace sebelum berhijrah ke Turkiye pada 2017 bersama Istanbul Basaksehir.

Advertisements

Penyerang itu turut menyertai Kayserispor sebelum mencuba nasib di Paraguay bersama Olimpia.

Adebayor menamatkan karier di tanah airnya bersama Semassi sebelum mengumumkan persaraanya menerusi satu video yang dimuat naik ke akaun Instagram hari ini.

“Karier sebagai atlit profesional merupakan satu perjalanan yang menakjubkan.

“Terima kasih kepada penyokong yang sentiasa ada dalam setiap langkah ini. Saya berasa sangat bersyukur untuk segalanya dan teruja untuk apa yang saya lalui,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan