25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Tarikh lihat anak bulan Ramadan 22 Mac ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TARIKH bagi melihat anak bulan Ramadan bagi tahun ini ditetapkan pada petang 22 Mac depan bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkata, Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

“Penyimpan Moor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Terdapat 29 lokasi bagi melihat anak bulan yang  telah diperkenankan jawatankuasa itu melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut.

Antara lokasinya adalah Pontian Kecil di Johor, Kompleks Falak Al-Khawarizmi (Melaka), Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang (Negeri Sembilan), Bukit Melawati (Selangor), Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Pantai Pasir Panjang (Perak), Pusat Falak Sheikh Tahir (Pulau Pinang), Kampung Pulau Sayak (Kedah) Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah), Menara Alor Setar (Kedah), Bukit Besar (Terengganu), Bukit Geliga, (Terengganu), Pulau Perhentian, (Terengganu), Balai Cerap KUSZA, (Terengganu), Bukit Peraksi (Kelantan) dan Bukit Kampong Tembeling (Kelantan).

Lokasi lain adalah Menara Bangunan SEDG (Kelantan), Pusat Falak Miri (Sarawak), Teluk Bandung (Sarawak) Tanjung Batu (Sarawak) Balai Cerap Al-Biruni (Sabah), Bukit Tanjong Batu (Pahang), Gunung Berincang, Cameron Highlands, (Pahang), Bukit Pelindong (Pahang) Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain (Perlis). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan