32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Majlis Raja-raja diberi taklimat ekonomi, pertahanan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Raja-raja hari ini dipersembahkan dengan taklimat mengenai keselamatan, pertahanan dan ekonomi negara sempena hari kedua mesyuarat majlis itu ke-261 di Istana Negara.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, taklimat itu dipersembahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang serta Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Mesyuarat Majlis Raja-raja kali ini dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Turut berangkat, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Syed Danial berkata, pada hari pertama mesyuarat semalam, semua Raja-raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri hadir.

Advertisements

Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah; Perlis oleh Raja Muda, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail manakala Kelantan diwakili Tengku Mahkotanya, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra.

Beliau berkata, dalam mesyuarat kali ini turut dibincangkan mengenai pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan, ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Timbalan Pengerusi dan Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dan juga beberapa perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Mesyuarat selama dua hari bermula semalam itu berlangsung selepas kali terakhir diadakan pada 29 dan 30 November lepas yang dipengerusikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir,” katanya dalam kenyataan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertembungan empat penjuru

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Khairul Azhari Saut...

Lagi Artikel Berkaitan