25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Jana Wibawa: Tengku Zafrul sedia beri kerjasama kepada SPRM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau bersedia untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan berhubung bantuan rangsangan Covid-19 Jana Wibawa.

Malah ujar Tengku Zafrul lagi, tiada apa yang hendak disembunyikan berhubung dana projek itu.

“Ada media tanya saya mengenai Jana Wibawa. Tiada apa yang perlu disembunyikan dan saya sentiasa bersedia untuk memberi keterangan jika diminta berbuat demikian,” katanya dalam Facebook malam tadi.

Semalam, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengesahkan dipanggil memberi keterangan kepada SPRM berhubung siasatan itu.

Bekas Perdana Menteri itu dilaporkan berkata, keterangan diberi adalah berkait penganugerahan kepada kontraktor dipilih bawah projek berkenaan, yang didakwa pihak tertentu bahawa berkemungkinan wujud tatacara perolehan tidak mengikut peraturan ditetapkan.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata projek Jana Wibawa ditangguh pelaksanaannya bagi meneliti semula sama ada tata cara perolehannya dibuat mengikut peraturan ditetapkan perbendaharaan.

Menurut Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, penangguhan projek melibatkan nilai RM5.7 bilion itu dibuat kerana terdapat unsur kaedah perolehan dibuat secara tender terpilih atau runding terus.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan