28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Batang Kali masih milik Pejuang – Rafique

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PARTI Pejuang Tanah Air (Pejuang) menegaskan terdapat kekhilafan dari segi fakta dan undang-undang berhubung ketidakhadiran diri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Harumaini Omar sehingga kerusi tersebut diisytihar kosong.

Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid berkata, ini kerana perkiraan enam bulan seharusnya bermula dari 23 November tahun lalu iaitu dari tarikh bermulanya Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022.

Malah menurutnya, Dewan Negeri Selangor Keempat Belas pada tahun 2022 telah memasuki Penggal Kelima.

“Sebanyak Tiga Mesyuarat telah diadakan iaitu Mesyuarat Pertama, 14 hingga 18 Mac 2022 dan 21 hingga 25 Mac 2022. Mesyuarat Kedua, 25 hingga 29 Julai dan 1 hingga 5 Ogos 2022.

“Mesyuarat Ketiga, 23 hingga 25, 29 hingga 30 Novembe 2022r ,1,2 dan 5 hingga 6 Disember 2022. Harumaini telah hadir pada Mesyuarat Kedua.

“Maka ketidakhadiran tanpa kebenaran hanya berlaku pada permulaan Mesyuarat Ketiga iaitu 23 November 2022,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Rafique lagi, tarikh luput enam bulan sepertimana Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 adalah pada 22 Mei ini.

Menurutnya, Harumaini telah mengutus surat kepada Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim memohon untuk pengisytiharan pengosongan N.07 Batang Kali ditarikbalik.

“Dalam surat tersebut Harumaini memberi tempoh masa tiga hari untuk balasan dari Speaker dan merizabkan hak beliau untuk mengambil tindakan undang-undang sewajarnya.

“Surat tersebut juga telah disalinkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan Selangor serta Setiausaha Bahagian Dewan, Pejabat Dewan Negeri Selangor,” katanya.

Advertisements

Menurutnya lagi, Pejuang menyatakan hak kebebasan untuk hadir dan berbahas bagi Rakyat di Dewan Negeri dan Dewan Rakyat adalah tunjang pada sistem Demokrasi Berparlimen.

“Malah dengan keadaan tidak menentu senario politik negara dan negeri serta pembubaran dewan yang boleh berlaku bila-bila tiada apa-apa prejudis jika Harumaini dibenarkan terus berkhidmat sebagai ADUN N.07 Batang Kali.

Beliau juga menegaskan jawapan segera diperlukan dari Suee Lim agar perkara berkenaan tidak dijadikan mainan politik semata-mata.

“Rakyat adalah pemegang taruh paling besar dalam demokrasi dan Rakyat jugalah berada dalam posisi paling merugikan sekiranya politik terus menjadi mainan pihak-pihak tertentu.

“Bagi Harumaini teruskan menabur khidmat bakti serta jalankan amanah khidmat politik kemasyarakatan dan kebajikan. Walau apapun yang melanda, Pejuang akan tetap berkhidmat untuk Rakyat,” katanya.

Semalam, Suee  Lim mengisytiharkan kekosongan kerusi bagi kawasan DUN Batang Kali.

Suee Lim memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas wakil rakyat berkenaan, Harumaini gagal menghadirkan diri dalam persidangan DUN Selangor selama enam bulan tanpa sebarang notis sejak 28 Julai tahun lalu.

Beliau memaklumkan akan menghantar makluman pengisytiharan kekosongan kerusi itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sekat penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara – Zambry

SEKATAN terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka. Justeru,...

Lagi Artikel Berkaitan