25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Baling botol arak: 7 pekerja premis hiburan ditahan polis

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan tujuh suspek pekerja premis hiburan yang dipercayai terlibat dalam kejadian membaling botol dari sebuah premis kediaman ke arah jalan raya di Kampung Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya berkata, dua daripada suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan, Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Keseluruhan tangkapan adalah seramai tujuh orang warga tempatan terdiri daripada empat lelaki dan tiga perempuan.

“Hasil daripada kejayaan tangkapan tersebut, pihak polis telah merampas satu telefon bimbit dan satu pasang pakaian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Polis sebelum ini dilaporkan, mengesan individu yang bertindak membaling botol arak dari sebuah kediaman di Jalan Cendana, Kampung Baru ke arah jalan raya menerusi sebuah klip video yang dimuat naik pengguna TikTok @syrupboy pada 10.10 malam.

Noor Dellhan berkata, kesemua suspek yang ditahan telah menjalani ujian awal saringan air kencing di mana salah seorang daripada mereka didapati positif dadah jenis Ketamin.

Menurutnya, suspek positif dadah akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Pihak Polis menasihati mana-mana pihak yang terkesan akibat perbuatan tersebut supaya tampil membuat laporan polis.

“Pihak polis juga, menasihati orang ramai agar tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang melanggari undang-undang dan tindakan akan diambil kepada mana-mana pihak yang terlibat,” katanya.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan