27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Ahli politik didakwa salah guna harta dalam bentuk wang tunai

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG ahli politik berpangkat Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas enam pertuduhan salah guna harta berjumlah RM440,000 bagi program korban perdana dan sumbangan pakaian anak yatim.

Tertuduh, Datuk Azhari Shaari,53, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Rozilah Salleh.

Berdasarkan tiga pertuduhan, Azhari didakwa sebagai penandatangan tunggal bagi sebuah akaun bank atas nama Persatuan Belia Bersatu Teguh Shah Alam, Persatuan Belia Kampung Kuantan Utara dan Persatuan Belia Kampung Kuantan Timur secara tidak jujur telah menyalahgunakan harta dalam bentuk wang tunai yang diluluskan kepada tiga persatuan tersebut.

Kesemua wang itu adalah peruntukkan bagi Program Kurban Perdana DUN Batu Tiga dan Kota Anggerik masing-masing sebanyak RM120,000 selain Program Sumbangan Pakaian Sekolah Bagi Anak-Anak Yatim Anjuran Persatuan Belia Kampong Kuantan Utara – Perdana Menteri berjumlah RM200,000.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun, sebat dan denda mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Tiga lagi pertuduhan berkaitan oleh Ketua UMNO Bahagian Shah Alam itu menggunakan dokumen palsu minit mesyuarat ketiga-tiga persatuan dan kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah seksyen 465 kanun yang sama.

Hukumannya boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, sekiranya disabitkan kesalahan.

Perbuatan itu dilakukan di cawangan sebuah bank di Pelabuhan Klang pada 19 Mei 2010 selain 8 serta 27 September 2017.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Allan Suman Pillai menawarkan jaminan RM100,000 bersama dua penjamin dengan syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Peguam S. Ashok Kandiah memohon jaminan dikurangkan kepada RM50,000 kerana perlu menanggung isteri dan empat anak.

Mahkamah membenarkan jaminan RM80,000 bersama dua penjamin dan syarat tambahan pihak pendakwaan.

Sebutan semula kes pada 13 April depan. 

-EDISI9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan