24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Langkah mitigasi, tangani ketidakstabilan perkhidmatan di KLIA

Ketika ini, hanya satu set aerotrain yang beroperasi memandangkan set kedua menghadapi masalah teknikal di KLIA.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEBERAPA langkah mitigasi sedang dan akan dilaksanakan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi menangani masalah ketidakstabilan perkhidmatan khususnya aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata ketika ini, hanya satu set aerotrain yang beroperasi memandangkan set kedua menghadapi masalah teknikal di KLIA.

“MAHB juga sedang melaksanakan projek menaik taraf sistem dan membeli set aerotrain baru bagi menangani masalah ketidakstabilan perkhidmatan terbabit.

“Projek berkenaan bakal siap dan boleh beroperasi dalam tempoh dua tahun akan datang.

“Justeru, dalam tempoh peralihan sistem ini, beberapa langkah mitigasi sedang dan akan dilaksanakan, bas shuttle di antara Terminal utama dan satelit akan beroperasi sepanjang masa untuk mengurangkan kebergantungan kepada aerotrain. Masa perjalanan di antara dua bangunan ialah 4 minit, “katanya menerusi hantaran di Facebook beliau di sini.

Anthony berkata, antara langkah mitigasi yang akan dilakukan adalahn lebih banyak bas panjang akan ditambah dalam operasi menjelang bulan Mac untuk keselesaan dan mengurangkan kesesakan penumpang.

Tambahnya, lebih banyak pesawat seperti jenis A350 melibatkan penerbangan antarabangsa juga akan dibenarkan parkir di Terminal Utama tertakluk kepada kekosongan bay.

Advertisements

“Semua penerbangan domestik beroperasi dari Terminal Utama.

“Ini dapat mengurangkan penggunaan aerotrain kerana penumpang boleh terus berjalan ke kaunter imigresen dan tempat mengambil bagasi yang terletak di bangunan sama. Hanya penumpang transit yang perlu mengambil aerotrain atau bas ke terminal satelit.

“Semua staf MAHB dan pekerja di retail shop di terminal satelit hanya boleh menggunakan shuttle bas dan tidak dibenarkan mengguna aerotrain kecuali cabin crew dan pilot,” ujarnya.

Beliau berkata, langkah mitigasi lain juga adalah lebih ramai kakitangan akan ditempatkan di beberapa kawasan sekitar lapangan terbang bagi menguruskan pergerakan penumpang dan membantu penumpang yang memerlukan bantuan.

Anthony yakin dengan komitmen pihak pengurusan MAHB untuk terus memperbaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan di KLIA dan lapangan terbang yang lain.

“Saya tak menafikan kita menghadapi masalah operasi di KLIA khususnya aerotrain namun semua pihak yang bertanggungjawab mesti berani menghadapi dan menguruskan masalah tersebut,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan