26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, January 30, 2023

Gagal lapor pertukaran nakhoda, bot tunda ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DISEBABKAN gagal lapor kepada pegawai pelabuhan berkenaan pertukaran nakhoda Zon Maritim Miri menahan sebuah bot tunda di Kuala Baram petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Shafie Paing berkata, ketika ditahan bot tunda tersebut dalam keadaan bersauh pada jarak lebih kurang 3.32 batu nautika barat daya Kuala Baram jam 5.40 petang semalam.

“Bot tunda yang dikendalikan oleh enam orang warga Indonesia dan seorang warga India yang berumur dalam lingkungan 23 hingga 38 itu gagal mengemukakan dokumen pemakluman pertukaran nakhoda semasa pemeriksaan dilakukan.

“Disebabkan itu, bot beserta kru kemudiannya ditahan dan diiring ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) untuk diserah kepada pegawai siasatan untuk siasatan lanjut.

“Sehubungan dengan itu, kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, iaitu gagal melaporkan pertukaran nakhoda kepada pegawai pelabuhan.

Baca juga:   PKD Layang-Layang perintis STIE Keluarga Malaysia

“Jika didapati bersalah boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM1000,” katanya di sini.

Beliau berkata, sekiranya orang ramai mengesyaki sebarang aktiviti mencurigakan, laporkan segera jenayah tersebut kepada Maritim Malaysia.

“Atau menghubungi terus nombor kecemasan di talian Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085-434055 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam setiap hari,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Kes bunuh di Tawau: Wanita dituduh bunuh bekas suami

SEORANG wanita tempatan dihadapkan di Mahkamah Majistret Tawau, Sabah, hari ini, atas tuduhan membunuh pemandu e-hailing yang juga bekas...

Lagi Artikel Berkaitan