24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

100 menara telekomunikasi rosak akibat banjir sudah dibaiki

Mesti Baca

SEBANYAK 100 menara telekomunikasi di Kelantan yang rosak akibat banjir pada tahun lalu telah dibaiki dan kembali berfungsi.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pada masa yang sama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga telah membuat pengerasan terhadap 127 lagi menara.

Beliau berkata, ia adalah sebahagian daripada 1,296 menara telekomunikasi yang ada di seluruh negeri itu.

“Komitmen Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk memastikan setiap fasiliti telekomunikasi di kawasan yang terjejas banjir berfungsi dengan baik.

“Alhamdulilah semuanya telah diperbaiki dan berfungsi. SKMM turut membuat penambaikan pengerasan sebanyak 127 buah menara,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan ke menara telekomunikasi di bendang Pak Yong, Tumpat, Kelantan hari ini.

Fahmi berkata, SKMM telah menambah baik menara berkenaan menggunakan konsep Multi Operator Core Network (MOCN).

Advertisements

Pada masa yang sama, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga telah meninggikan tapak sembuah buah substesen yang berdekatan bagi memastikan punca bekalan elektrik tidak terjejas jika berlaku banjir.

Pada kesempatan itu, Fahmi turut menyampaikan sumbangan bantuan keperluan asas kepada 450 mangsa banjir di negeri ini.

Antara bantuan yang disampaikan berupa tilam, kelengkapan penjagaan diri, lampin pakai buang, ubat-ubatan serta makanan sedia untuk dimakan.

Para penerimanya pula terdiri daripada mangsa banjir di sekitar Tumpat, Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Kuala Krai di samping pengamal media dan warga KKD.

“Saya ingin menyatakan komitmen bahawa KKD akan terus memastikan kebajikan rakyat dibela tanpa diskriminasi termasuk di negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang.

“Selain menyantuni dan memahami keperluan rakyat di peringkat akar umbi, pendekatan rahmah ini diyakini mampu mengekalkan keharmonian dan perpaduan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan