25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Jemaah Menteri setuju potong gaji 20 peratus – Anwar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JEMAAH Menteri Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk memotong gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan.

Perkara itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, langkah tersebut diambil sebagai semangat keprihatinan terhadap masalah rakyat.

“Jemaah Menteri setuju bahawa atas semangat keprihatinan terhadap masalah rakyat dan memotong gaji setiap bulan sebanyak 20 peratus.

“(Pemotongan gaji) ini sehingga ekonomi pulih. Kalau ekonomi pulih tiga tahun (pemotongan berlaku tiga tahun).

“Pemotongan gaji ini tidak wajar dan saya berterima kasih dengan kesediaan mereka (barisan Kabinet),” katanya.

Hadir sama dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Sebelum itu, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet pertamanya di Perdana Putra, Putrajaya.

Dalam sidang media itu juga, Perdana Menteri menafikan dakwaan bahawa beliau mengambil gaji sebagai Menteri Kewangan.

“Ada yang kata Anwar tak terima gaji Perdana Menteri kerana dia ambil gaji Menteri Kewangan, itu tidak benar,” katanya. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan