28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, December 13, 2024

Pengundi dah muak manifesto PH – Zahid

Manifesto PH hanya sedap disebut dan didengar sesuka rasa pada masa kempen pilihan raya namun sebenarnya hanya retorik palsu.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendakwa pengundi sudah muak dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, manifesto PH hanya sedap disebut dan didengar sesuka rasa pada masa kempen pilihan raya namun sebenarnya hanya retorik palsu untuk mengaburi mata dan telinga pengundi.

“Hakikatnya prestasi mereka sangat hambar dibandingkan dengan BN walaupun BN tidaklah sempurna 100 peratus!

“Rakyat apabila disebut perkataan manifesto PH secara automatik rakyat akan menolak janji PH termasuk parti Bersatu yang kini bersembunyi di bawah Perikatan Nasional (PN).

“Kini mereka menabur lagi kebanyakan janji-janji tidak realistik untuk mempengaruhi pengundi,” katanya dalam Facebook hari ini.

Ujar Ahmad Zahid lagi,  pada masa yang sama, musuh BN tidak berani menggunakan menyebut perkataan manifesto dalam kempen seharian.

“Musuh BN terlalu takut kerana manifesto mereka sudah diakui sekutu mereka sendiri dianggap bukan kitab suci dan boleh dimungkiri sesuka hati.

Advertisements

“ Mereka tahu manifesto mereka sendiri tak berani mereka jadikan naratif utama kerana banyak kelemahan dan tidak realistik untuk dilaksanakan.

“Mereka tahu peluang mereka tipis untuk menang maka mereka berjanji dan bermanifesto apa-apa sahaja asalkan nampak bagus tetapi populis.

“Mereka umum berbilion-bilion namun tidak menyatakan sumber dari mana sumber diperoleh dan kaedah mekanisme bagi meningkatkan sumber pendapatan negara,” katanya.

Malah menurut Ahmad Zahid, musuh BN hanya mampu lebih cenderung menyerang peribadi berbanding berbincang tawaran dan pencapaian mereka.

“Berdasarkan kempen yang sedang berlangsung ini saya dapati musuh lawan BN ketandusan isu dan modal untuk dijadikan naratif nesar mereka,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

YKM belanja RM5 juta bantu anak yatim akibat COVID-19

YAYASAN Keluarga Malaysia (YKM) telah membelanjakan sebanyak RM5 juta pada tahun ini bagi membantu meringankan beban dihadapi anak-anak yatim...

Lagi Artikel Berkaitan