31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Banjir kilat : Beberapa kawasan di Klang, Shah Alam dinaiki air

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEBERAPA kawasan di Klang dan Shah Alam dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sekitar petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian banjir yang berlaku di kawasan terlibat sekitar jam 4.15 petang.

“Kawasan terbabit adalah Jalan Meru 3; Persiaran Hamzah Alang; Jalan Kasban; Jalan Kenangan; Taman Daya; Jalan Khamis; Jalan Jabar dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru.

“Susulan itu seramai 13 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar dan Sungai Pinang bergegas ke lokasi.

“Hasil daripada siasatan mendapati longkanh tersumbat antara punca beberapa jalan serta perumahan di sekitar pekan Meru dinaiki air susulan hujan lebat.

Advertisements

“Anggaran kedalaman banjir adalah sekitar 0.3 meter dan tiada pemindahan dilakukan setakat ini selain trend air banjir juga semakin menurun.

“Bagaimanapun, bomba akan meneruskan pemantauan di lokasi,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, sebanyak 20 rumah di Taman Setia Warisan Seksyen U6 terkesan akibat limpahan air sungai berhampiran susulan hujan lebat.

Beberapa kawasan lain turut dilaporkan dinaiki air antaranya, Jalan Haji Abdul Manan, Taman Seri Puteri, dan Jalan Limau di Meru; Taman Seri Sementa; Klang Sentral; Sungai Kapar Indah; Persiaran Hamzah Alang Kapar dan Bandar Puteri Klang.

Turut terjejas adalah Persiaran Mokhtar Dahari berdekatan Alam Budiman, Seksyen U10. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan