Thursday, June 4, 2026

Kaki judi Piala Dunia Qatar ditangkap di Batu Pahat

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 kerana menjalankan catit taruh judi bola sepak.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki dipercayai terbabit dengan kegiatan pertaruhan judi bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 ditangkap polis di Batu Pahat, Johor, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata suspek berusia 31 tahun itu ditahan di tepi jalan ketika mencari pelanggan pada pukul 8.45 malam.

Menurutnya, hasil serbuan, polis merampas sebuah telefon bimbit dan wang tunai sebanyak RM185.

“Semakan lanjut dalam telefon bimbit yang dirampas mendapati, suspek mempunyai jumlah terhad akaun perjudian atas talian sebanyak RM8,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ujar Ismail, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 kerana menjalankan catit taruh judi bola sepak.

Menurutnya, kesalahan berkenaan memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak melebihi RM200,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun, jika sabit kesalahan.

“Polis akan terus memerangi sindiket perjudian bola sepak sempena Piala Dunia Qatar 2022, yang berlangsung ketika ini.

-EDISI9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan