27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

BN teruskan perjuangan, muhasabah diri – Zahid

Tetap yakin lama kelamaan rakyat akan dapat menilai bahawa tawaran yang diberikan parti itu adalah terbaik

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BARISAN Nasional (BN) tidak akan berundur sebaliknya akan teruskan perjuangan sehingga mencapai kejayaan lebih besar pada masa hadapan.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pada masa yang sama BN juga bermuhasabah diri setiap langkah yang diambil dengan kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebagai pengajaran.

Beliau yang juga Presiden UMNO tetap yakin lama kelamaan rakyat akan dapat menilai bahawa tawaran yang diberikan parti itu adalah terbaik untuk kestabilan dan kemakmuran negara.

“Kita hormati keputusan rakyat dan akan memperbaiki kelemahan dan kekurangan demi mencipta kejayaan lebih gemilang pada masa hadapan,” katanya hari ini.

Zahid turut berterima kasih kepada jentera parti yang bekerja begitu kuat untuk memastikan kemenangan BN serta para penyokong yang tidak pernah berhenti memberikan sokongan.

“… meskipun terpaksa menerima hakikat yang pahit atas keputusan kali ini,” katanya hari ini.

BN mengalami kekalahan terburuk dalam sejarah pilihan raya apabila hanya memenangi 30 kerusi dalam PRU-15 Sabtu lalu, lebih buruk berbanding PRU-14 lalu.

Malahan BN juga hilang tiga negeri yang dikuasainya dalam pilihan raya umum lalu iaitu Perlis, Perak dan Pahang.

Sehubungan itu, para pemimpin dan ahli-ahli parti mendesak agar Zahid melepaskan jawatannya sebagai tanda rasa bertanggungjawab atas kekalahan yang dialami BN.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan