25.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 10, 2022

Taktik seludup ketum 850kg guna ‘van pasukan’ kantoi

Van tersebut dipercayai diubah suai termasuk dicat menjadi van bomba.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA individu termasuk seorang anggota bomba ditahan kerana dipercayai menyeludup 850 kilogram (kg) daun ketum dengan menggunakan ‘van pasukan’ di Kampung Rabbana, Jeli, Kelantan, Khamis lalu.

Difahamkan, anggota bomba berusia 29 tahun terbabit ditahan bersama rakannya yang berusia 35 tahun pada jam 6.30 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Ahmad Arifin, sebelum itu, mereka yang lengkap beruniform pasukan bomba menaiki sebuah van berwarna merah dan berlogo tulisan bomba melintasi Sekatan Jalan Raya di Batu Melintang, Jeli dalam keadaan mencurigakan.

“Polis mengekori dan mengarahkan mereka berhenti. Pemeriksaan di dalam van menjumpai 85 bungkusan plastik berwarna hitam berisi daun ketum seberat 850kg yang dianggarkan bernilai RM8,500.

“Siasatan lanjut mendapati seorang suspek adalah penjawat awam, manakala seorang lagi orang awam mengaku sebagai sukarelawan bomba,” katanya kepada pemberita sempena sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli, hari ini.

Baca juga:   Vaksinasi kanak-kanak di Pahang bermula Isnin ini

Ujar Ahmad lagi, van tersebut dipercayai diubah suai termasuk dicat menjadi van bomba dan pemeriksaan terhadap nombor pendaftaran van tersebut didapati sah namun nombor casis didapati tidak wujud selain nombor enjin berkait dengan laporan lori hilang di Johor pada tahun 2013.

“Keterangan awal mereka mengaku menerima RM3,000 bagi setiap trip menghantar daun ketum yang diambil dari utara tanah air untuk dipasarkan di Machang.

“Mereka dipercayai aktif bermula awal Oktober lalu dan dikatakan kali ketiga melakukan penyeludupan daun ketum,” katanya.

Baca juga:   Polis siasat 2 wanita asing ingkar SOP di Taman KLCC

Ahmad berkata, anggota bomba tersebut mempunyai rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh namun urin kedua-dua mereka adalah negatif dadah.

“Mereka ditahan reman bermula Khamis lalu sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, Seksyen 168 dan 171 Kanun Keseksaan dan Seksyen 108(f) Akta Pengangkutan Jalan 1978,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Op Tapis Khas: 28,710 individu ditahan pelbagai kesalahan dadah

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menahan 28,710 individu kerana disyaki terbabit pelbagai kesalahan dadah di seluruh negara dalam 'Op Tapis...

Lagi Artikel Berkaitan