25.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Polis buru dua lelaki buat perkara tak senonoh dalam surau

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS sedang giat mengesan dua lelaki tempatan yang didakwa berkelakuan tidak senonoh dalam sebuah surau di Kuala Langat.

Ketua Polis Kuala Langat, Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pihaknya menerima laporan pihak surau berhubung kejadian itu semalam.

“Polis mengesan satu video berdurasi 1 minit 49 saat yang dimuat naik di media sosial memaparkan dua lelaki tempatan membuat perkara yang tidak senonoh dalam surau.

“Pada pukul 9.07 malam tadi, polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berumur 54 tahun iaitu bilal surau mengatakan melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) terdapat dua lelaki tempatan melakukan aksi terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan kelucahan melampau di tempat awam.

“Jika didapati bersalah boleh memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun,” katanya.

Semalam media melaporkan, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan, berkata, pihaknya juga sedang membuat siasatan berhubung penularan klip video itu.

Beliau masih menunggu laporan penuh daripada pegawainya di daerah berkenaan.

Menerusi video yang tular itu memaparkan salah seorang daripada mereka mula meraba rakan lelaki yang duduk di sebelahnya.

Lelaki itu kemudian dilihat seolah-olah seperti mahu membuka seluarnya serta turut mencium lelaki itu.- Edisi 9

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan