25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Nahas 2 maut terbakar : Pemandu lori Isuzu direman 4 hari

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan reman selama empat hari bermula hari ini ke atas pemandu lori jenis Isuzu yang terbabit nahas lima kenderaan sehingga menyebabkan dua maut terbakar di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Sedenak, Johor, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, berkata lelaki tempatan berusia 38 tahun itu direman bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, beliau berkata, identiti mangsa kedua yang maut terbakar dalam kemalangan berkenaan belum dapat disahkan, setakat ini.

“Kita sedang dalam proses mengenal pasti identiti mayat kedua,” katanya lapor BH Online.

Kemalangan ngeri itu membabitkan dua lori serta tiga kereta yang menyebabkan tiga kenderaan terbakar hingga 90 peratus, manakala dua maut di lokasi kejadian.

Salah seorang mangsa terkorban ialah penumpang Proton Wira dikenali sebagai Nur Nazihah Kamalul Arifin, 28.

Semalam, Beng Yeow dalam satu kenyataan media memaklumkan, kejadian dipercayai berpunca daripada lori pertama yang menukar lorong dari kanan ke kiri ketika jalan sesak.

Suami Nazihah, Redzuan Jamil, 28, pula mendakwa terdapat impak rempuhan dari arah belakang sebelum beliau keluar dan mendapati sebuah lori melanggar tiga kenderaan, termasuk kereta dipandunya yang berada di tengah.

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan