31.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 6, 2022

Ekonomi negara mampu capai sasaran KDNK 7 peratus tahun ini

Sektor pelancongan Melaka akan terus diperkasakan menerusi projek Ecotourism Paya Lebar dengan peruntukan RM2.3 juta.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan keyakinan bahawa ekonomi negara tahun ini mampu mencapai sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 6.5 peratus hingga tujuh peratus dengan mengambil kira pencapaian separuh pertama 2022 iaitu sebanyak 8.9 peratus.

Beliau berkata, dalam tempoh setahun, Kerajaan Keluarga Malaysia telah berjaya mengembalikan pasaran buruh ke tahap guna tenaga penuh.

“Kadar pengangguran juga telah menurun untuk 12 bulan berturut-turut iaitu 3.7 peratus pada Julai 2022, berbanding 4.8 peratus pada Julai 2021.

“Kerajaan juga sentiasa memantau kesan inflasi kepada harga barangan asas hingga berjaya mengawalnya ke tahap lebih rendah berbanding negara serantau.

“Bagi meringankan beban Keluarga Malaysia, kerajaan menyalurkan subsidi sebanyak RM77.7 bilion. Subsidi terbesar dalam sejarah.

“Daripada jumlah itu, lebih 50 peratus adalah untuk subsidi petrol, diesel dan LPG iaitu RM41.7 bilion, bantuan terus kepada rakyat seperti tunai, pendidikan, pengangkutan dan pertanian bernilai RM25.7 bilion dan RM5.8 untuk tarif elektrik,” katanya ketika berucap merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Ayer Keroh hari ini.

Baca juga:   NCIA berjaya tarik pelaburan RM37.21 bilion - PM

Dalam majlis itu, beliau turut menegur pembangkang yang sering mendakwa kononnya negara bukan lagi destinasi pelaburan asing sedangkan bagi separuh pertama 2022, pelaburan langsung asing (FDI) mencatat aliran langsung bersih lebih tinggi bernilai RM47.4 bilion.

Katanya, Malaysia juga muncul antara negara yang menyaksikan prestasi ekonomi terbaik di Asia Tenggara dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.9 peratus pada suku kedua 2022 berbanding 5.0 peratus pada suku pertama 2022.

Baca juga:   Calon Timbalan Ketua Polis Negara dikenal pasti - KPN

“Kejayaan ini disahut oleh Bank Dunia yang telah menyemak semula unjuran KDNK bagi tahun 2022 kepada 6.4 peratus berbanding 5.5 peratus yang diunjurkan pada bulan Mac lalu.

“Di samping itu, Alhamdulillah, Malaysia juga diiktiraf sebagai negara ke-18 paling aman di dunia daripada 163 negara dan kedua di Asia
berdasarkan Indeks Keamanan Global (GPI) 2022, yang menjadi ukuran utama kedamaian global di dunia.

“Ini merupakan pencapaian terbaik Malaysia sejak GPI diperkenalkan pada tahun 2008,” katanya.

Dalam pada itu, tambah Perdana Menteri, sektor pelancongan Melaka akan terus diperkasakan menerusi projek Ecotourism Paya Lebar dengan peruntukan RM2.3 juta dan projek menaik taraf Kolam Air Panas Gadek sebanyak RM17.9 juta.

“Kerajaan turut meluluskan beberapa projek Pemulihan, Pemuliharaan, Ubahsuai dan Naik Taraf (PPUN) dengan nilai peruntukan sejumlah RM5.9 juta terhadap fasiliti pelancongan yang tidak digunakan sepanjang tempoh pandemik yang lalu.

“Beberapa bantuan dan inisiatif turut diberi kepada penggiat pelancongan, misalnya pada tahun ini, sebanyak RM1.9 juta telah disalurkan kepada penggiat pelancongan di Melaka termasuk pengusaha inap desa (homestay) dan hotel, pemandu pelancong dan agensi pelancongan.

Baca juga:   Penternak, persatuan komited jamin terus bekalkan ayam - MAFI

Ujar beliau, bagi memastikan Keluarga Malaysia terus menikmati infrastruktur yang selesa dan selamat, Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM22.3 juta untuk menyenggara jalan persekutuan di Melaka.

“Dalam sektor pendidikan pula, terdapat 56 projek baharu dan sambungan di Melaka bagi pembangunan sekolah serta institusi pendidikan dengan kos keseluruhan RM788 juta,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   TMJ mahu bantu tingkatkan prestasi Harimau Malaya

Wartawan

Terkini

Muhyiddin belanja wang KWSP untuk rakyat – Anwar

PERBELANJAAN kerajaan Perikatan Nasional (PN) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk rakyat sebahagian besarnya diambil daripada Kumpulan Wang Simpanan...

Lagi Artikel Berkaitan