27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Bajet 2023: Pemulihan dan kelangsungan ekonomi negara, rakyat

Cabaran terbesar Bajet 2023 adalah sistem penyampaiannya oleh pihak pelaksana iaitu kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BAJET 2023 diyakini mampu menjadi pemangkin kepada pemulihan dan kelangsungan ekonomi negara serta manfaat kepada seluruh lapisan rakyat.
 
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, Bajet 2023 juga mencerminkan kerajaan Keluarga Malaysia prihatin rakyat.
 
“Saya sebagai rakyat dan pemimpin muda, mengucapkan jutaan terima kasih banyak-banyak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Kementerian Kewangan atas pengumuman pelbagai peruntukan melalui pelbagai kementerian untuk lapisan masyarakat Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
 
Tambah beliau, Bajet 2023 memberi manfaat dari peringkat anak baru lahir hinggalah murid sekolah, ibu bapa, mahasiswa, penjawat awam, orang tua, wanita, peniaga, golongan bujang, individu berpendapatan tinggi dan juga syarikat korporat.
 
Bagi Muqharabbin, cabaran terbesar Bajet 2023 adalah sistem penyampaiannya oleh pihak pelaksana iaitu kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

“Saya mengharapkan Bajet 2023 dapat disalurkan dengan cekap, mudah dan tidak menyusahkan penerima tanpa kerenah birokrasi yang rumit.

Advertisements

“Di pihak pelaksana yang diberi tanggungjawab perlu mengambil serius agar semua pihak yang berkepentingan yang disebut dalam Bajet 2023 itu mendapat manfaat sepenuhnya tanpa tertinggal,” katanya.
 
Beliau yakin Bajet 2023 mendapat reaksi positif daripada rakyat yang pastinya akan berterima kasih kepada kerajaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan