25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

TOURLIST ganti SPIP mulai 1 November ini

MOTAC akan menutup Sistem SPIP sedia ada bermula 1 Oktober 2022 untuk memberi laluan kepada fasa deployment sistem TOURLIST.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SISTEM Pelesenan & Penguatkuasaan Pelancongan atau Tourism Licensing and Enforcement System (TOURLIST) akan diguna pakai bermula 1 November ini, bagi menggantikan Sistem Pelesenan Industri Pelancongan (SPIP).

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi kenyataan berkata, TOURLIST satu sistem baharu bertepatan dengan landskap industri yang terus berkembang  seiring dengan kemajuan teknologi digital.

“Dalam merealisasi agenda ini, MOTAC akan menutup Sistem SPIP sedia ada bermula 1 Oktober 2022 untuk memberi laluan kepada fasa deployment sistem TOURLIST yang dijangka Go-Live pada 1 November 2022,” kata kementerian tersebut.

Kata MOTAC, ekoran pertukaran sistem tersebut tarikh akhir semua permohonan lesen di SPIP seperti Lesen TOBTAB, Institut Latihan Pelancongan, Pemandu Pelancong, Bas Persiaran dan Kereta Sewa Pandu (Sabah, Sarawak dan Labuan) dan permohonan Pendaftaran Premis Penginapan Pelancongan adalah pada 30 September 2022

“Semua data permohonan yang berjaya diproses dan dilulus melalui Sistem SPIP akan dimigrasi ke Sistem TOURLIST dan semakan kelulusan boleh dibuat di Sistem TOURLIST.

“Bagi permohonan yang tidak berjaya atau tidak lengkap diproses tidak akan dimigrasi ke sistem TOURLIST, bagaimanapun permohonan yang tidak lengkap diproses boleh membuat permohonan semula di sistem TOURLIST dan layak memohon tuntutan semula bayaran fi proses yang telah dibuat di SPIP,” jelas MOTAC.

Dalam masa yang sama, Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Pelancongan (BPPP), MOTAC akan mengadakan satu aktiviti pilot Pra-TOURLIST Go-Live pada 27 hingga 30 Oktober 2022 secara dalam talian melibatkan penggiat industri yang terpilih bagi tujuan merekod dan mengenalpasti kelancaran dan ruang penambahbaikan Sistem TOURLIST sebelum Go-Live.

“Dalam tempoh penutupan SPIP ini, pemohon juga masih boleh mengemukakan pemohonan secara manual di kaunter BPPP, MOTAC dan Pejabat MOTAC Negeri dengan mengemukakan borang permohonan fizikal yang boleh didapati di www.motac.gov.my bermula pada 1 Oktober 2022,” tambah kementerian berkenaan.

Menurut MOTAC, pengadaptasian teknologi tersebut diharap akan menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian, menjamin kelestarian ekosistem serta memperluaskan kebolehcapaian kepada produk sekaligus perkhidmatan pelancongan dan kebudayaan. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan