25.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 4, 2022

Status kesihatan Najib: KKM terikat Akta Perubatan

Sebarang maklumat terperinci mengenai kesihatan seseorang pesakit hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai tanggungjawab mematuhi tata etika kerahsiaan pesakit di bawah Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012) dan hanya boleh mengemukakan laporan perubatan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada mahkamah.

Penjelasan tersebut disampaikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Ini susulan tersebar di media sosial dakwaan mengatakan layanan istimewa diberikan terhadap Najib yang dirujuk dengan nama ‘Kod Merpati’.

Dakwaan itu antaranya membabitkan pengubahsuaian ruang penjara untuk Najib selain laporan beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur minggu lalu dan Hospital Rehabilitasi Cheras semalam kerana masalah kesihatan.

Mengulas lanjut katanya, Najib dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan oleh pakar perubatan susulan perintah Mahkamah Tinggi pada 12 September lalu berikutan keadaan kesihatannya tidak memuaskan.

Baca juga:   Penubuhan semula JASA bukan untuk tujuan politik

“Ini adalah selaras dengan Seksyen 37 Akta Penjara.

“Penyiasatan klinikal, perawatan dan pemantauan telah dijalankan oleh pihak KKM dan laporan perubatan akan dikemukakan kepada mahkamah (atas perintah mahkamah).

“Namun pada masa yang sama KKM mempunyai tanggungjawab mematuhi tata etika kerahsiaan pesakit di bawah Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012).

“Sebarang maklumat terperinci mengenai kesihatan seseorang pesakit hanya boleh dikemukakan kepada Mahkamah (sekiranya diarahkan Mahkamah),” katanya.

Pada 19 September lalu satu akaun Twitter ‘membongkar’ kod nama “merpati” dipercayai diguna Najib ketika menjalani hukuman penjara di Kajang.

Baca juga:   PPBM, PAS tolak jajaran politik baharu pasca PRU-15

Dakwanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperuntukkan RM50,000 untuk tujuan ubah suai bilik penjara dihuni Najib dan bajet RM 3.5 juta disalurkan KDN untuk uruskan “merpati” membabitkan kos kenderaan, kesihatan dan juga penempatan.

Selain itu, dakwa individu itu lagi pihak atasan akan menghantar “merpati” ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) walaupun tiada indikasi untuk ke rehab itu.

Malah dakwanya lagi motif “merpati” ditempatkan di HRC bagi memudahkan pergerakan untuk ahli keluarga, setiausaha politik dan orang luar nak jumpa berbanding di penjara kerana disediakan fasiliti VVIP sedangkan di HKL menggunakan bilik kelas pertama.

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.-Edisi 9

Baca juga:   Najib selesai rawatan di HRC, kembali ke penjara Kajang

Wartawan

Terkini

Sikap tak endah urus harta si mati membimbangkan

SIKAP tidak mengendahkan pengurusan harta pusaka si mati, menyebabkan banyak harta pusaka yang tidak dituntut. Menteri di Jabatan Perdana Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan