22.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 19, 2025

Polis kesan remaja hilang ketika membeli air

Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak tiga minggu lalu.

Nurhidayah Mat Nurddin, beralamat di Kampung Tersusun Batu 5, Tambun, kali terakhir dilihat pada jam 4.30 petang, 19 Ogos lalu ketika memberitahu neneknya yang berada di rumah untuk keluar membeli air minum di kawasan berhampiran.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai keberadaan lokasi remaja itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Mohd Haizal Umar, di talian 05-2451628 atau 011-21001076.

Advertisements

“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500,” katanya dalam Facebook hari ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Terbuka India: Izzuddin-Sze Fei wakil tunggal Malaysia ke ‘final’

AKHIRNYA kem badminton negara boleh melakar senyuman di Kompleks Sukan Indra Gandhi, New Delhi apabila Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze...

Lagi Artikel Berkaitan