Wednesday, July 22, 2026

Pegawai khas PM buat laporan polis terhadap Lokman Adam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEGAWAI Khas Perdana Menteri membuat laporan polis terhadap bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam kerana didakwa membuat kenyataan fitnah terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dr Kamarul Zaman Yusoff membuat laporan polis itu di Balai Polis Presint 7 di Putrajaya pada pukul 12.30 tengah hari tadi.

Kamarul Zaman mendakwa Lokman Noor Adam telah membuat fitnah terhadap Perdana Menteri menerusi satu siaran langsung Facebook mengenai kandungan ‘perjanjian’ Ismail Sabri dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kes berkenaan dirujuk ke Ibu Pejabat Daerah Sepang.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika dihubungi mengesahkan terdapat laporan berkaitan kes berkenaan.-Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan