34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

MINDEF terus tambah baik inisiatif pendidikan ATM

Perancangan ini membuktikan MINDEF dan ATM serius beri pendidikan berkualiti kepada anak-anak warga pertahanan, seterusnya capai kecemerlangan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pertahanan (MINDEF) telah memuktamadkan pelbagai perancangan bagi menambahbaik aspek pendidikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kerjasama Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata, ia bertujuan menambahbaik aspek pendidikan anak-anak warga pertahanan dan usaha membela kebajikan warga pertahanan termasuk veteran ATM serta ahli keluarga mereka.

Beliau berkata, antara inisiatif yang dilaksanakan adalah Program Dermasiswa Premium di mana anak warga ATM dan veteran ATM yang berjaya melanjutkan pengajian ljazah Pertama di universiti 100 terbaik dunia akan menerima insentif RM5,000 secara ‘one-off’.

Menurutnya, program-program lain adalah Skim Penabungan Anak-anak ATM Rukun Kelima (SPARK) bagi membantu lebih 13,500 anak anggota ATM yang bersekolah di Sekolah Dalam Kem (SDK) membuka akaun simpanan secara percuma di Tabung Haji membabitkan kos keseluruhan RM675,000.00.

“Program Sentuhan Elite Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membantu anak warga ATM meningkatkan tahap penguasaan dan pencapaian akademik terutama mata pelajaran teras, membabitkan sejumlah RM150,000 peruntukan.

“Program Train and Place yang mendapat jalinan kerjasama Yayasan Peneraju khusus untuk anak-anak warga ATM dan Veteran yang mempunyai kecenderungan dalam bidang berkemahiran terutamanya TVET,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, program lain adalah Program Penajaan Asasi Sastera bersama Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Anugerah Kecemerlangan Pendidikan ATM, bantuan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan pemberian komputer riba.

“Selain perancangan-perancangan yang dinyatakan, inisiatif Feri Sekolah turut diberi perhatian khusus.

“Inisiatif ini saya sendiri cadangkan semasa memimpin MINDEF pada tahun 2015 bagi menggantikan trak tiga tan dengan bas sekolah.

“Kesemua perancangan ini membuktikan MINDEF dan ATM amat serius bukan sahaja untuk membantu anak-anak warga pertahanan mendapat perkhidmatan pendidikan yang berkualiti, tetapi lebih penting memastikan kecemerlangan pendidikan anak-anak warga pertahanan terus berkesinambungan,” katanya.

Beliau berkata, MINDEF dan ATM akan berbincang dan bekerjasama dengan pemegang taruh termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya banyak lagi idea serta pandangan untuk menambahbaik inisiatif pendidikan ATM. –Edisi 9

Terkini

Keputusan peperiksaan STAM 2023 diumum 26 Mac ini – KPM

KEPUTUSAN Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2023 akan dikeluarkan pada hari Selasa, 26 Mac ini. Kementerian Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan