32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Lelaki intai guru wanita di tandas diburu polis

Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS memburu lelaki tempatan yang didakwa mengintai seorang guru wanita di tandas di Kompleks Sukan Negara, Seksyen 21, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku jam 12.27 tengah hari pada 15 Ogos lalu dan laporan diterima pada hari sama.

Menurutnya, polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada pengadu iaitu guru wanita berusia 32 tahun pada pukul 4.44 petang.

“Siasatan awal mendapati pada 15 Ogos itu, pengadu ke Kompleks Sukan Negara membawa pelajar untuk latihan perbarisan sambutan Hari Kebangsaan.

“Semasa mangsa berada dalam tandas wanita, dia menyedari seorang lelaki mengintai dari tandas sebelah. Suspek melarikan diri sejurus mendengar jeritan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata, siasatan mendapati suspek disyaki seorang lelaki tempatan yang mana mangsa hanya sempat lihat paras kepala hingga mata suspek saja.

“Pengadu tidak nampak sebarang peralatan dipegang suspek untuk merakam pengadu,” katanya.

Beliau berkata, siasatan bermula sejak pengadu membuat laporan sehingga kini dan suspek masih diburu.

“Siasatan masih diteruskan untuk mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lain-lain lokasi berhampiran.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

“Sebarang maklumat lanjut berhubung kes ini, boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes Inspektor Hadi di talian 016-2745515,” katanya.

Menurutnya, kenyataan media itu susulan video CCTV berkenaan mulai tular di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki memakai baju dan seluar gelap mundar-mandir sebelum memasuki tandas wanita di kompleks itu.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan