25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Lebih RM1.2 bilion diperuntuk bagi naik taraf jalan luar bandar

KPLB sasar untuk memperluaskan 100 peratus liputan prasarana asas di kampung seluruh Semenanjung Malaysia dan 80 peratus di kampung Wilayah Sabah dan Sarawak.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) membelanjakan lebih RM1 bilion bagi Program Jalan Luar Bandar (JALB) dalam usaha untuk menyediakan sistem perhubungan luar bandar ke bandar yang lebih sempurna.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Program JALB dilaksanakan selaras dengan Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) untuk memperbaiki, memperluas dan mempertingkatkan rangkaian sistem jalan raya di kawasan luar bandar.

“KPLB mensasarkan untuk memperluaskan 100 peratus liputan prasarana asas di kampung-kampung di Semenanjung Malaysia dan 80 peratus di kampung-kampung di Wilayah Sabah dan Sarawak.

“Bagi tujuan berkenaan pada tahun ini sahaja lebih RM306 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan jalan luar bandar bagi Wilayah Sabah dan lebih RM221 juta untuk Wilayah Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau Projek Menaik Taraf Jalan Rancangan Belia Tiulon-Kampung Simbuan, Sook, Keningau, Sabah hari ini.

Mhadzir Khalid merasmikan Projek Menaiktaraf Jalan Rancangan Belia Tiulon-Kg. Simbuan.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup dan Timbalan Menteri I KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Jelas Mahdzir, Projek Menaik Taraf Jalan Rancangan Belia Tiulon-Kampung Simbuan, Sook, Keningau telah diluluskan di bawah Rolling Plan Kedua, Rancangan Malaysia Kedua Belas, (RP-2, RMK12) tahun 2022 dengan kos RM152 juta.

“Projek ini melibatkan kerja-kerja menaiktaraf jalan sepanjang 20 kilometer dengan lebar berturap 6.5 meter mengikut piawaian JKR R2 dan agensi pelaksananya adalah JKR Sabah.

“Jajaran jalan ini juga akan menghubungkan penduduk kampung ke Pekan Sook dan Pekan Keningau serta menghubungkan 13 buah kampung, 3 buah sekolah, klinik, rumah-rumah ibadat dengan anggaran jumlah penerima manfaat adalah seramai 2,000 orang,” katanya.

Projek menaiktaraf itu tambah Mahdzir, dijangka ditender pada hujung September ini dan kerja pembinaan dijangka dapat dimulakan pada suku pertama tahun hadapan.

“Dengan pembinaan projek ini, ianya akan dapat memberi manfaat kepada penduduk kampung sekitar untuk mengangkut hasil-hasil tanaman serta memberi kemudahan perjalanan kepada penduduk kampung”, katanya.

Projek itu juga kata Mahdzir lagi, dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan, lebih selamat selain mampu menjana peningkatan ekonomi setempat. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan