30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kerjasama NGO bantu transformasi sistem pendidikan negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), swasta dan korporat bagi membantu mentransformasi sistem pendidikan negara.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pendekatan tersebut akan menjadi antara pemangkin usaha kementerian dalam memperkasa ekosistem pendidikan yang mampan dan inklusif.

Menjadikan Yayasan Teach For Malaysia (YTFM) sebagai contoh, Radzi berkata, NGO itu telah melaksanakan usaha yang baik sepanjang 10 tahun lepas dengan mewujudkan kerjasama dengan 893 sekolah di seluruh negara.

“Semoga kerjasama strategik antara KPM dan YTFM dalam bidang pendidikan dapat membantu murid, khususnya di kawasan pedalaman dan luar bandar,” katanya menerusi hantaran dalam Facebooknya hari ini.

Advertisements

Sebelum itu, beliau merasmikan sambutan Ulang Tahun Ke-10 Yayasan Teach For Malaysia (YTFM) di Kuala Lumpur. Turut hadir Pengerusi YTFM, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.

Radzi Jidin memberikan penerangan mengenai transformasi pendidikan.

Mengulas mengenai majlis berkenaan, katanya, beliau berkongsikan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara.

“Antaranya pelaksanaan PdPR, pemansuhan UPSR dan PT3 serta pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

“Usaha ini bertujuan menarik minat murid untuk belajar serta mencungkil bakat dan membangunkan potensi murid ke tahap yang optimum,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan