24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Ebit Lew bantu dua beranak terkandas 20 hari di Jakarta

Kedua beranak berkenaan tidak dapat pulang ke Malaysia disebabkan masalah visa tamat tempoh serta kengkangan kewangan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KUNJUNGAN pendakwah terkenal, Ebit Lew, 38, ke Indonesia kali ini telah membawa seribu satu hikmah buah dua beranak warga Malaysia yang terkandas kira-kira 20 hari di Jakarta.

Ebit Lew dalam perkongsian Facebook menyatakan, kedua beranak berkenaan tidak dapat pulang ke Malaysia disebabkan masalah visa tamat tempoh serta kekangan kewangan.

“Sayu sebak rasa jumpa orang Malaysia di Jakarta. Berat ujian seorang ayah ini dan anaknya yang terkandas di sini. Saya terbaca di komen FB (facebook) saya. Keluarganya di Malaysia buat pelbagai usaha.

“Anaknya belajar di madrasah di Indonesia. Takdir Allah anaknya sakit. Kena bawa balik. Sampai di airport tak boleh balik kerana visa dah tamat. Tak boleh nak balik Malaysia sebab masalah visa ada denda,” kongsinya hari ini.

Ujar Ebit lagi, dia mengagumi kekuatan semangat si ayah berkenaan yang bekerja sebagai pengawal keselamatan telah datang ke Indonesia seorang diri bagi menguruskan anaknya yang sakit untuk di bawa pulang.

“20 hari menguruskan urusan nak bawa anaknya balik. Ke sana sini. Tidur di airport, di masjid dan di jalan. Tiket balik terlepas kerana hal visa. Sedih rasa. Duit semua habis. Hp (handphone) habis bateri.

“Tak dapat nak keluarkan duit. Duit habis langsung. Dengan ubat jantung habis. Allahuakbar. Cinta seorang ayah buat anaknya yang semangat nak menuntut ilmu. Masa sampai tadi abang ni gembira sangat dan sebak wajahnya.

Advertisements

“… Ucap terima kasih. Kagum cinta seorang ayah. Demi ilmu. Demi anak. Kerana Allah. Syukur tadi selesai dibantu kedutaan Malaysia di Jakarta. Terima kasih kedutaan Malaysia di Jakarta.

Menurut Ebit, pihaknya mengambil kedua-duanya di Imigresen Indonesia dan membawa mereka ke hotel.

“Esok insya-Allah belikan tiket balik ke Malaysia. Saya tidur di mana-mana pun tak apa ustaz. Tak nak susahkan ustaz. Ya Allah abang ni. Allah bagi semua. Jom, abang jangan risau apa-apa dah. Semuanya dah selesai.

“Semoga Allah bantu dan mudahkan urusan abang sekeluarga. Katanya gembira sangat jumpa saya di sini. Dah lama teringin nak jumpa. Selalu tengok ustaz membantu sana sini. Rupanya hikmah semua ini juga Allah temukan kita,” kongsinya.

Dalam pada itu, netizen yang sebak dengan perkongsian berkenaan mengucapkan terima kasih kepada Ebit Lew kerana membantu kedua beranak berkenaan untuk pulang kembali ke Malaysia.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan