25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Dakwaan Najib ditempatkan di rumah pegawai penjara palsu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DAKWAAN yang mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak ditempatkan di dalam sel penjara sebaliknya di sebuah rumah pegawai di Penjara Kajang adalah tidak benar.

Penafian Jabatan Penjara Malaysia itu dibuat menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook jabatan itu hari ini.

Menurut jabatan itu, dakwaan tersebut adalah palsu dan meminta agar orang ramai berhenti menyebarkan berita yang tidak sahih.

“Maklumat tidak sahih. Hentikan penyebarannya,” menurut Jabatan Penjara Malaysia.

Terdahulu, tular dalam media sosial yang mendakwa Najib tidak ditempatkan di dalam sel penjara, sebaliknya berada di sebuah rumah pegawai Penjara Kajang yang terletak dalam kawasan penjara terbabit.

Pada 23 Ogos, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan