28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Banjir: SKMM, telco diarah siapkan elektrik alternatif

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi (Telco) bersiap-siaga di kawasan yang berdepan risiko banjir dengan menyiapkan kemudahan bekalan elektrik alternatif hadapi musim tengkujuh.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa, berkata, dari perkhidmatan telekomunikasi pihaknya telah mengambil langkah sedemikian yang dalam masa sama perlu memastikan pemakluman dan peringatan awam yang berkesan.

“Di samping itu, menyediakan pasukan penyelamat dan sukarelawan perkhidmatan. Perumpamaan Melayu ada menyebut ‘sediakan payung sebelum hujan’,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Annuar berkata, hari ini banyak perbincangan tertumpu kepada persiapan menghadapi tengkujuh dan banjir.

“Lebih 6000 pusat pemindahan banjir diwartakan seluruh negara. Pengkalan hadapan dipersiapkan.

“Semua agensi di minta meneliti prosedur operasi standard (SOP) agensi masing- masing.

Katanya, arahan juga sudah dibuat agar bekalan dan bantuan masa banjir hendaklah diedar dengan lebih cepat kepada mangsa.

“Setiap negeri di minta menghidupkan jawatankuasa masing- masing di semua peringkat, baik negeri mahupun daerah.

“Insya-Allah sama-sama kita jaga kita,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan